Friday, May 15, 2009

Konvensyan Berakhirnya Agenda Zionis

Salam...

Syukur alhamdulillah, dapat juga aku tulis posting nih walau pun masa sgt2 menekan.... so, posting nih lebih kepada

pengalaman dan input yang aku peroleh ketika di konvensyen berakhirnya agenda zionis yang berlansung di PWTC pada 9

MAY 2009.

so, aku tulis dalam bentuk point form je lah supaya senang dibace....

1. Ketiga-tiga penceramah secara jelas melarang kita membenci yahudi kerana mereka itu ahlki kiotab, tetapi kebencian perlu ditunujukkan kepada kaum2 zionis, tak kire zionis itu yahudi, kristian atau islam.

2. Zionis itu bermula dari kalangan orang Kristian bermazhab Protestan, bukan Yahudi. Sejak kurun ke 18-19, org Yahudi sering menjadi mangsa anti-sementic(anti yahudi) orang-orang eropah namun mereka hidup aman di bawah khilafah Islam. Theodel Harzel(betul ke ejaan nih..hehehe) penulis buku 'Negara yahudi' tidak pernah mengesyorkan Palestin sebagai tempat didirikan negara yahudi, tapi memilih negara2 seperti Argentina, Afrika dan Libya sebagai tempat pilihannya.... malah, dalam kertas kerja yang dibentangakan juga menyatakan "sekiranye Theodel Harzel bangkit dari kubur sekarang, tentu die menangis kerana melihat negara Yahudi yg berada sekarang berlainan dengan apa yang diharapkaanya".

3. pemilihan Palestin sebagai negara Yahudi dicadangkan oleh zionis kristian dari England dalam perjanjian Balfour yang mengisytiharkan Palestin sebagai negara Yahudi. Namun, orang2 yahudi ketika itu tidak ingin berpindah ke Palestin kerana tidak mempunyai sebab yang kukuh untuk berpindah ke sana. Namun, takdir menentukan kan berlaku peristiwa 'holocoust' yang dilakukan oleh rejim Nazi.... maka, org2 Yahudi yang ketika itu enggan berpindah ke Palestin terpaksa juga berpindah... ( sedikit tambahan, aku ade tgk dalam dokumentari wake up project pasal penglibatan pemodal zionis dalam membaiayai rejim Nazi...mungkin perancangan zionis ni jugak)

4. Dr. Azzam dengan tegas menyatakan orang Palestin bukan mahukan sebuah negara Palestin, tetapi mahukan tanah2 mereka yang dirampas oleh rejim zionis....perlu diingat, sebelum ini, Palestin tidak pernah diperintah oleh orang2 Palestin... sentiasa ada kuasa besar menaunginya.... kuasa ROM, Parsi dan Islam.... oleh itu, org2 Palestin tidak pernah mengharapkan adanya sebuah negara Palestin yang merdeka.... beliau juga menceritakan sejarah penubuhan PLO, FATAH dan HAMAS... dan sokongan kepada HAMAS bukan kerana HAMAS itu HAMAS, tetapi menyokong idea yang didokong HAMAS iaitu mengembalikan tanah Palestin kepada penduduk asal Palestin.

5. Haa, sedikit kekeliruan berkenaan hadis mengenai kedatangan imam mahdi dan nabi Isa.... Dr. Azzam menegaskan bahawa mentaliti ummat Islam yang mengharapkan kedatangan imam Mahdilah yang menyebabkan Islam ditindas. Beliau menegaskan, sepatutnyer, kite semua perlu menjadi Mahdi, bangkit membawa perubahan kepada umat Islam.... , berusahalah menjadi Mahdi!!!!!

6. Juga ada soalan dari audience berkenaan kaitan antara Dajjal dan Zionis... Dr. Azzam menyatakan tentang hadis sohih berkenaan dajjal.... tetapi, kita tidak boleh mengaitkan hadis tersebut dengan mana-mana zaman.... dajjal pasti datang suatu hari nanti, jadi, biarkan hadis tersebut terbukti dengan sendiri... tak perlu kita mengaitkan dengan kaadan sekarang.

7. Jadi, Dr Azzam dan Dr Hossain secara tegas menyeru semua umat Islam memboikot produk2 yahudi... tetapi, pemboikotan ini perlu berlaku secara sistematik dan istiqamah... mustahil untuk memboikot semua barang2 yahudi,namun yang boleh diboikot perlulah diboikot... contoh : Starbuck, McDonald, Nestle, Colgate.... dan, tidak lupa jugak sentiasa berdoa ke atas pejuang2 Syahid di sana....

Itu je lar kot... kalo ade ape2 tambahan, nanti aku update lagik...

wassalam

3 comments:

~ZuLhAiRi~ said...

salam akhi,...syukran atas komen di laman ana, cuma rasanya ada sedikit pembetulan...mengikut catatan dan pendengaran ana serta rakan2, termasuk juga ustaz2 yang hadir...jelas Dr Azzam mengatakan hadith itu dho'if, n hadith itu setahu ana juga dho'if, cumanya jalan periwatannya byk dan saling menguatkan..:)...

Apa yg Dr Azzam kata jangan kaitkan dengan masa sekarang itu sebenarnya adalah tentang Dajjal, yang mana mengikut pengetahuan ana dan apa yg ana belajar, dalam pengkajian zionis, ada pihak yg mengatakan kebijakan zionis mengatur strategi adalah kerana mndapt tunjuk ajar Dajjal yg sudah ada....jadi Dr Azzam melarang kita dari mengaitkan dajjal dengan kebijakan zionis skrg...kerana kedatangan dajjal adalah hal masa depan...:)
semOga sama2 mendapat manfaat dariNya!...Allah yubarik fik ya akh!

~ZuLhAiRi~ said...

sedikit lanjutan, Dr Azzam sememangnya ada menyebut hadith sahih, tetapi itu berkaitan hadith yang menyatakan kedatangan Dajjal...n hadith itu mmg tiada keraguan lg akan statusnya...mmg sahih...:)

- nick_sieq - said...

SYUKRAN YA AKHI... SETELAH TGK BALIK BUKU CACATAN ANA...MEMANG TERDAPAT KEKELIRUAN....NA'AM.... HADIS SAHIH TU BERKENAAN DAJJAL.... KENE EDIT BALIK LA KOT POST ANA NIH....