Thursday, July 8, 2010

MLM Paling mudah!!!

Letakkan gambar anda berlaga pipi dgn awek/balak anda yang belum anda kahwini dekat picture. Kemudia tulis kat situ, "bermanja bersama tersayang" dan post la komen anda kat mana-mana. Tag kawan-kawan anda untuk dapat hasil yang lebih baik.... Kemudian, mereka yg nampak gambar anda reply balik . "wahhh... romantiknya...atau wah...bahagianya". Kemudian die pun tiru anda... dengan demikian, anda telah mendapat tiga org downline.Kawan anda dan awek/balaknya serta balak/awek anda.... malah, anda turut dapat 100% komisen... dosa anda dgn awek/balak anda, dosa kawan anda dan dosa awek/balak kawan anda... malah dapat bonus komisen iaitu berbangga dengan dosa.... seronok kan??!!!.. anda boleh klaim komisen anda kat akhirat kelak...api yg 70 kali lebih panas dari dunia.... kadang2, kat dunia pun dah dapat klaim komisennya... isteri curang, anak2 rosak akhlak....

tak berminat dengan komisen itu??? atau pun, komisen itu tak menarik??? atau, dah sedar betapa haramnya MLM ini, jadi nak keluar??? jangan risau, cukup mudah.... banyakkan Istighfar, dan bertaubat kepada ALLAH serta tinggalkan perbuatan mungkar tesebut... lebih afdal, didelete semua gambar2 berdua yg berkepit, berlaga pipi, atau berpegang tangan.....

ataupun, bertaubat , kemudian bersolatlah istiqarah mohon petunjuk semoga ALLAH mudahkan jodoh anda... jika anda yakin dia jodoh anda, kahwinilah si dia atau minta dia kahwini anda.... semoga ALLAH mengampuni dosa-dosa yang lepas...

wallahhualam....

Tuesday, July 6, 2010

Kembali...

Assalamualaikum...

Sudah lebih setahun blog ini sunyi... inshaALLAH, blog ini akan bergerak semula selepas ini.... termotivasi dgn sahabat-sahabt lain untuk tulis blog, maka saya juga ingin menghidupkan kembali blog ini... doakan semaga saya istiqamah dalam menulis selepas ini....

Tuesday, June 30, 2009

Aktiviti Bulan Jun Aku....

Bulan 6 yg agak penat...

Assalamualaikum...

dah lebih sebulan aku tak update blog aku nih.... agak sebok dgn aktiviti2 lain.... awal jun, aku kene present poster kat penang... x de ape sgt...just poster presentation.... pastu dapat la cuti dekat 5 hari...so, lepak la kat umah yg dah 6 bulan aku x balik.....so, the next week, aku g pulak ke kl, gi umah asoi n ijal( member utm) ... from there, kitaorg travel ke kelantan dgn kereta kenari asoi untuk attend kenduri kawen coursemate kitaorg, Rozi n Jib... so, asoi bawak perjalanan pergi dan aku bawak perjalanan balik.... penat jugak sbenarnyer....

then balik johor, terus sambung eksperiment yang tertangguh... then, 26 Jun, aku gi Perak ntuk join camping.... kat Nur Lembah Lenggong... memang penat but sgt seronok... boleh jumpa ikhwah2 dari seluruh Malaysia... program die pun agak sronok.... paling best, of course lar berakit... unfortunetely, aku punyer rakit terbalik but kitaorg still bleh mantain on course dan selamat sampai (tapi dgn bantuan bot lar...heheh)

so, aku balik hari ahad, 28 Jun... memang lenguh lar badan aku.... maklum lar, 1 bulan skali excercise...kekeke....

orait, tu jer untuk post kali ni... n, after this, mungkin blog ni akan diisi beberpa artikel yang agak ilmiah......inshaALLAH....

sekian, wassalam...

Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Guru!!!!

Salam.....

Selamat hari guru aku ucapkan kepada guru-guru aku yang banyak mengajar aku baik dan buruk....juga kepada guru-guru aku yang banyak mencurahkan ilmu kepada aku dan bersabar dengan karenah aku time aku sekolah dulu... minatk maaflah kalo ade terkutuk kat belakang yek...heheheh (mcam hari raye la pulak...kekeke)... juga pensyarah2 di UTM yang banyak tolong dan bantu aku....

selamat hari guru juga kepada teman-teman dan sehabat-sahabat,ikhwah dan akhowat yang bakal bergelar seorang guru atau pun yang dah jadi guru.... semoga bakti kalian mendapat rahmat dari ALLAh hendaknya.... terimalah, nasyid dari aku... errr, dari kumpulan mane aku tak ingat....saujana kot....heheheh

Terima Kasih Guru

Seorang insan di tabir malam,
Tersenyum di balik kepayahan,
Tidak kenal jemu mencurah ilmu,
Luas lautan baktimu guru.

Kau membentuk akhlak diri,
Agar menjadi insan berbudi,
Menyuluh gelita malam,
Terangi kehidupan.

Sayup di hatimu,
Walau pedih jiwamu,
Kau mendidik tanpa jemu,
Hanya mengharapkan,
Sinar kejayaan,
Doa restu dikau iringkan.

Terima kasih,
Cahaya hatiku,
Tulus suci kasihmu,
Oh Tuhan… Rahmati guru.

Wahai guruku yang tercinta,
Kan ku ingat segala jasamu,
Harapanmu pasti ku kotakan,
Agar menjadi insan gemilang.

SELAMAT HARI GURU !!!

Konvensyan Berakhirnya Agenda Zionis

Salam...

Syukur alhamdulillah, dapat juga aku tulis posting nih walau pun masa sgt2 menekan.... so, posting nih lebih kepada

pengalaman dan input yang aku peroleh ketika di konvensyen berakhirnya agenda zionis yang berlansung di PWTC pada 9

MAY 2009.

so, aku tulis dalam bentuk point form je lah supaya senang dibace....

1. Ketiga-tiga penceramah secara jelas melarang kita membenci yahudi kerana mereka itu ahlki kiotab, tetapi kebencian perlu ditunujukkan kepada kaum2 zionis, tak kire zionis itu yahudi, kristian atau islam.

2. Zionis itu bermula dari kalangan orang Kristian bermazhab Protestan, bukan Yahudi. Sejak kurun ke 18-19, org Yahudi sering menjadi mangsa anti-sementic(anti yahudi) orang-orang eropah namun mereka hidup aman di bawah khilafah Islam. Theodel Harzel(betul ke ejaan nih..hehehe) penulis buku 'Negara yahudi' tidak pernah mengesyorkan Palestin sebagai tempat didirikan negara yahudi, tapi memilih negara2 seperti Argentina, Afrika dan Libya sebagai tempat pilihannya.... malah, dalam kertas kerja yang dibentangakan juga menyatakan "sekiranye Theodel Harzel bangkit dari kubur sekarang, tentu die menangis kerana melihat negara Yahudi yg berada sekarang berlainan dengan apa yang diharapkaanya".

3. pemilihan Palestin sebagai negara Yahudi dicadangkan oleh zionis kristian dari England dalam perjanjian Balfour yang mengisytiharkan Palestin sebagai negara Yahudi. Namun, orang2 yahudi ketika itu tidak ingin berpindah ke Palestin kerana tidak mempunyai sebab yang kukuh untuk berpindah ke sana. Namun, takdir menentukan kan berlaku peristiwa 'holocoust' yang dilakukan oleh rejim Nazi.... maka, org2 Yahudi yang ketika itu enggan berpindah ke Palestin terpaksa juga berpindah... ( sedikit tambahan, aku ade tgk dalam dokumentari wake up project pasal penglibatan pemodal zionis dalam membaiayai rejim Nazi...mungkin perancangan zionis ni jugak)

4. Dr. Azzam dengan tegas menyatakan orang Palestin bukan mahukan sebuah negara Palestin, tetapi mahukan tanah2 mereka yang dirampas oleh rejim zionis....perlu diingat, sebelum ini, Palestin tidak pernah diperintah oleh orang2 Palestin... sentiasa ada kuasa besar menaunginya.... kuasa ROM, Parsi dan Islam.... oleh itu, org2 Palestin tidak pernah mengharapkan adanya sebuah negara Palestin yang merdeka.... beliau juga menceritakan sejarah penubuhan PLO, FATAH dan HAMAS... dan sokongan kepada HAMAS bukan kerana HAMAS itu HAMAS, tetapi menyokong idea yang didokong HAMAS iaitu mengembalikan tanah Palestin kepada penduduk asal Palestin.

5. Haa, sedikit kekeliruan berkenaan hadis mengenai kedatangan imam mahdi dan nabi Isa.... Dr. Azzam menegaskan bahawa mentaliti ummat Islam yang mengharapkan kedatangan imam Mahdilah yang menyebabkan Islam ditindas. Beliau menegaskan, sepatutnyer, kite semua perlu menjadi Mahdi, bangkit membawa perubahan kepada umat Islam.... , berusahalah menjadi Mahdi!!!!!

6. Juga ada soalan dari audience berkenaan kaitan antara Dajjal dan Zionis... Dr. Azzam menyatakan tentang hadis sohih berkenaan dajjal.... tetapi, kita tidak boleh mengaitkan hadis tersebut dengan mana-mana zaman.... dajjal pasti datang suatu hari nanti, jadi, biarkan hadis tersebut terbukti dengan sendiri... tak perlu kita mengaitkan dengan kaadan sekarang.

7. Jadi, Dr Azzam dan Dr Hossain secara tegas menyeru semua umat Islam memboikot produk2 yahudi... tetapi, pemboikotan ini perlu berlaku secara sistematik dan istiqamah... mustahil untuk memboikot semua barang2 yahudi,namun yang boleh diboikot perlulah diboikot... contoh : Starbuck, McDonald, Nestle, Colgate.... dan, tidak lupa jugak sentiasa berdoa ke atas pejuang2 Syahid di sana....

Itu je lar kot... kalo ade ape2 tambahan, nanti aku update lagik...

wassalam

Sunday, March 15, 2009

Bersih kubur.....


Salam

Pagi tadi, aku pegi gotong-royong bersihkan kubur, kat kangkar pulai sekali dengan sahabat-sahabat yang lain.... well,tak banyak sgt keje yg dibuat, just cabut rumput, and trim pokok2 kat kubur supaya nampak kemas.... lepas tu, ade pulak sahabat2 yg mintak "penggali kubur" aka haji awang kot ajar cara nak gali kubur.... saiz die....dalam die... well, aku tak dengar pun time die ajar, sbb aku tgh dok cabut rumput time tu.... but, time tazkirah, ade sahabt tu citer tentang keadaan2 mayat yg pernah diuruskan oleh haji awang....

satu kisah tu, ade sorang laki yg tak pernah solat sepanjang 60 tahun... time mude, die asyik bagi alasan nak solat bile dah pencen.... but, bile pencen jer, dgn takdir ALLAH, die sakit... then, die dia bagi pulak alasan sakit untuk tak solat.... bile meninggal jer, mayat nyer sgt la berat.... haji awang sampai terjatuh, bile nak sambut mayat tu kat dalam kubur.....

pas tu, ade satu malam tu, die tido kat bengkel die, tepi kubor.... tetibe jer, die dengat org minatk tolong.... sayup2 jer.... die pun g la tgk2 kat luar....kalo2 ade org mntak tolong... tapi x de pun, n die skali lagi dengar suare tu, tapi sayup2 jer... die pun sedar, maybe suare tu datang dari kubur.... die pun sedekah al-fatihah, n suare tu pun stop.....

takut aku dengar citer nih... mcam2 lagi haji awang citer... ade mayat yg tersenyum smpi nampak gigi.... ade yg busuk n kotor... byak sgt citer2 yg die bagitau... tapi x de name lar...just sbgi teladan..... namun, berada di kubur mampu menyedarkan kita tentang betapa banyak dosa2 kite sebelum ni n dah prepare ke nak masuk dalam tanah???.... even, byk sahabat2 yg selalu dtg sini malam2, muhasabah diri.....

akir kalam, marilah same2 kite muhasabah diri, adakah kite dah bersiap untuk ke alam yang berikutnyer, atau pun, kite masih lagi terleka dengan nikmat dunie nih ( especially aku lar nih).....sekian....

Sunday, March 8, 2009

Salam Maulidur Rasul

Salam

Alhamdulillah... syukur ke atas hadrat Ilahi, masih dikurniakan kesempatan untuk aku bertemu kembali dalam bulan rabiul awal, bulan kelahiran Rasulullah S.A.W.... tarikh kelahiran baginda bagaimanapun menjadi perselisihan para ilmuan... ade yg mengatakan 8,9 ada 12... malah ada yang mengatakan pada 17... namun tarikh tersebut tidaklah sebegitu penting......

ape yg lebih penting adalah apa yg dibawa baginda SAW.... sambutan maulid rasul bukalan sesuatu yg disambut di zaman para sahabat... malah Umar Al-Khattab sendiri menolak mengambil tahun kelahiran nabi sebagai permulaan tahun Islam... beliau memilih tahun hijrah sebagai tahun permulaan kalendar Islam.... ya, detik permulaan hijrah bermaksud detik terbentuknye sebuah daulah Islamiyah pertama di muka bumi... daulah yang seterusnya berkembang menjadi sebuah empayar yang terus digeruni dunia selama berabad-abad lamanye.... daulah yang berpaksikan kepada tauhid....

hari ini, tiade lagi daulah Islamiyah yang boleh kite banggakan... tiade lagi daulah Islamiyah yang menjadi payung kepada kekuatan Islam.... yang ade, hanyelah sisa2 keruntuhan empayar islam.... hasilnyer, Palestin dirobek oleh Zionis Laknatullah, Tanah Jazirah arab dipenuhi dngan semnagat a'ssabiyah yang telah dicuci bersih oleh Islam seautu ketika dulu dan kite, yang masih terumbang ambing mencari Islam sebenar...

jadi, sempena sambutan maulid rasul ini, marilah kita same-same mengingati kembali ape yang dibawa oleh Rasulullah SAW 1400 tahun yang lalu.... kite bukak kembali lembaran sirah Rasullullah supaya rase cinte kepadanye bertambah... dan kite cube sedaye upaya untuk mengikut segala Sunnah yang dilakukannyer.....

harapan aku juga, semoga perarakan maulid rasul bukan semata-mata berarak, tapi berarak dengan penuh rase cinta kepada rasul.... bukan hanya bersemanagat mendendangkan nasyid, tetapi juga menghayati segala ape yang terkandung di dalam nasyid tersebut..... dan akhir sekali, semoga dengan smbutan maulid rasul ini, aku dpat memperbanyakkan lagi selawat ke atas nabi dan menambahkan rase cinta aku kepada Rasulullah SAW serta diberi kekuatan untuk terus melakukan sunnahnya.... amin....

“SESUNGGUHNYA TELAH ADA PADA DIRI RASULULLAH ITU SEBAGAI CONTOH TELADAN YANG BAIK BAGIMU (IAITU) BAGI ORANG YANG MENGHARAP (RAHMAT) ALLAH DAN (KEDATANGAN) HARI KIAMAT DAN DIA BANYAK MENYEBUT ALLAH.” (S. AL-AHZAB: 21).

“AKU TELAH TINGGALKAN KEPADA UMATKU DUA PERKARA IAITU KITABULLAH (AL-QURAN) DAN SUNNAHKU (HADIS-HADIS). SELAGI UMATKU BERPEGANG TEGUH KEPADA KEDUANYA, MAKA SELAGI ITULAH MEREKA TIDAK AKAN SESAT.”